Thursday, September 27, 2012

Pouch-white roses


Drawstring pouch, dengan sulaman pada bahagian depan dan belakang


Pouch



Item:  Drawstring pouch with hand dyed ribbon 
Size:  9 inch (H) x 6 inch (W) x 1 /5 inch (base)
Material: Linen

Tuesday, April 24, 2012

Baby Soffiyah



Kusyen kecil ini dibuat sebagai hadiah untuk baby Soffiyah. Semoga kelahirannya membawa seribu satu rahmat dan menambah seri kehidupan ummi dan abinya.Insya Allah.

Berikut merupakan sebahagian dari  nukilan ummu sofiyyah ketika  mengistiharkan nama bayinya (saya 'copy ' dari status fb beliau)

 Sofiyyah adalah ibu saudara kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam. Baginda amat mencintai ibu saudaranya ini dan sangat memuliakan beliau. 

Ketika turun ayat:

وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ 

"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" (Asy-Syu'araa 26:214)

Kemudian Baginda bersabda: "Wahai Fathimah binti Muhammad, wahai Sofiyyah binti Abdul Muththalib, wahai Bani Abdul Muththalib, aku tidak berkuasa menolong kalian dari seksa Allah. Mintalah kepadaku apa sahaja yang ada padaku" (HR Muslim no. 205, dalam al-Iman bab Firman Allah wa andzir 'Asyirataka Aqrabin)



Saturday, April 21, 2012

Door Gift


Uncang kecil ini saya  buat untuk pertunangan adik pada 8 April yang lepas. Saiznya kecil, lebih kurang 7 inci x 5 inci, sesuai untuk isi ole-ole buat tetamu. Saya tempah label untuk diletakkan pada uncang, agar sentiasa jadi kenangan kepada penerima.





7 x 5 inci
Fabric : linen
Riben: Offray 

Kelas di Kelopak Gallery

Mengikuti kelas bersama Puan Norehan di Kelopak Galley memberi pengalaman dan dimensi baru dalam sulaman riben. Saya ikuti kelas mencanting dan mewarna riben  baru-baru ini. Kami diajar untuk membuat lakaran dan seterusnya mencanting serta mewarna . Dari sehelai kain berwarna putih, terhasillah lukisan canting bakul bunga. Kemudiannya, bakul ini diisi dengan riben yang diwarna sendiri , dari riben berwarna putih. Warna pada latar belakang serta tona riben memberi impak yang besar terhadap hasil sulaman riben. Jutaan terima kaish pada Puan Norehan atas ilmu yang dicurahkan.