Tuesday, April 24, 2012

Baby Soffiyah



Kusyen kecil ini dibuat sebagai hadiah untuk baby Soffiyah. Semoga kelahirannya membawa seribu satu rahmat dan menambah seri kehidupan ummi dan abinya.Insya Allah.

Berikut merupakan sebahagian dari  nukilan ummu sofiyyah ketika  mengistiharkan nama bayinya (saya 'copy ' dari status fb beliau)

 Sofiyyah adalah ibu saudara kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam. Baginda amat mencintai ibu saudaranya ini dan sangat memuliakan beliau. 

Ketika turun ayat:

وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ 

"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" (Asy-Syu'araa 26:214)

Kemudian Baginda bersabda: "Wahai Fathimah binti Muhammad, wahai Sofiyyah binti Abdul Muththalib, wahai Bani Abdul Muththalib, aku tidak berkuasa menolong kalian dari seksa Allah. Mintalah kepadaku apa sahaja yang ada padaku" (HR Muslim no. 205, dalam al-Iman bab Firman Allah wa andzir 'Asyirataka Aqrabin)



2 comments: