Drawstring pouch, dengan sulaman pada bahagian depan dan belakang
Thursday, September 27, 2012
Pouch
Item: Drawstring pouch with hand dyed ribbon
Size: 9 inch (H) x 6 inch (W) x 1 /5 inch (base)
Material: Linen
Tuesday, April 24, 2012
Baby Soffiyah
Kusyen kecil ini dibuat sebagai hadiah untuk baby Soffiyah. Semoga kelahirannya membawa seribu satu rahmat dan menambah seri kehidupan ummi dan abinya.Insya Allah.
Berikut merupakan sebahagian dari nukilan ummu sofiyyah ketika mengistiharkan nama bayinya (saya 'copy ' dari status fb beliau)
Sofiyyah adalah ibu saudara kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam. Baginda amat mencintai ibu saudaranya ini dan sangat memuliakan beliau.
Ketika turun ayat:
وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" (Asy-Syu'araa 26:214)
Kemudian Baginda bersabda: "Wahai Fathimah binti Muhammad, wahai Sofiyyah binti Abdul Muththalib, wahai Bani Abdul Muththalib, aku tidak berkuasa menolong kalian dari seksa Allah. Mintalah kepadaku apa sahaja yang ada padaku" (HR Muslim no. 205, dalam al-Iman bab Firman Allah wa andzir 'Asyirataka Aqrabin)
Saturday, April 21, 2012
Door Gift
Uncang kecil ini saya buat untuk pertunangan adik pada 8 April yang lepas. Saiznya kecil, lebih kurang 7 inci x 5 inci, sesuai untuk isi ole-ole buat tetamu. Saya tempah label untuk diletakkan pada uncang, agar sentiasa jadi kenangan kepada penerima.
7 x 5 inci
Fabric : linen
Riben: Offray
Kelas di Kelopak Gallery
Mengikuti kelas bersama Puan Norehan di Kelopak Galley memberi pengalaman dan dimensi baru dalam sulaman riben. Saya ikuti kelas mencanting dan mewarna riben baru-baru ini. Kami diajar untuk membuat lakaran dan seterusnya mencanting serta mewarna . Dari sehelai kain berwarna putih, terhasillah lukisan canting bakul bunga. Kemudiannya, bakul ini diisi dengan riben yang diwarna sendiri , dari riben berwarna putih. Warna pada latar belakang serta tona riben memberi impak yang besar terhadap hasil sulaman riben. Jutaan terima kaish pada Puan Norehan atas ilmu yang dicurahkan.
Wednesday, December 21, 2011
Lavenderoses
Salam untuk semua, yang sudi jenguk -jenguk ke blog yang tak seberapa ni. Selamat pagi dan semoga ceria hari ini. Kali ni saya kongsikan kusyen Kak Aishah yang telah saya siapkan pada bulan Oktober yang lepas . Besar harapan saya agar kehadiran 2 pasang kusyen ni menambah seri kediaman baru beliau. Terima kasih Kak Aishah :)
Lavenderoses
16 x 16 inc
zahra
30 x 50 cm
Wednesday, December 14, 2011
Selepas Rehat Yang Panjang
Assalamualaikum semua
Sepasang sarung kusyen ni....
juga 2 pasang dari pattern seperti dibawah
2 biji pouch
serta sepasang kusyen ni...
Sebelum ni pattern ni saya sulam pada kotak,kali ni buat pada sarung kusyen pula.
psssttt..nantikan 'scheduled entry ' yang saya set untuk 'published' pada hari esok dan lusa pulak yer ^__^
Terasa lama betul blog ni ditinggalkan.Tuannya menyepi bagai hilang dijejak...sibuk sungguh akhir-akhir ni. Hidup bagai perlu dijadual semula sejak adanya orang baru dalam hidup. Malam ni saya gagahkan juga mengadap pc, selongkar hasil sulaman yang tak banyak mana pun, cuma terselit di antara gambar keluarga, gambar raya . Ada macam-macam gambar rupanya dalam kamera, mencecah sehingga lebih seribu keping. Berikut apa yang saya jumpa, bolehlah berkongsi dengan semua yang sudi singgah ke sini. Produk ni tempahan Kak Halimah, dah lama siap, sebelum Aidilfitri lagi. Semua adalah dari pattern yang pernah dipaparkan di blog sebelum ni.
Sepasang sarung kusyen ni....
juga 2 pasang dari pattern seperti dibawah
2 biji pouch
serta sepasang kusyen ni...
Sebelum ni pattern ni saya sulam pada kotak,kali ni buat pada sarung kusyen pula.
psssttt..nantikan 'scheduled entry ' yang saya set untuk 'published' pada hari esok dan lusa pulak yer ^__^
Monday, December 12, 2011
Yang Merah, Yang Ungu
ni tempahan dari Ina..katanya nak buat frame...saya teruja sangat2 siapkan yang ini sebab tak pernah lagi dapat tempahan untuk dibingkaikan :)..ooh satu lagi sulaman belum mula buat lagi.
Updated: bunga kaler purple pulak :D
Gambar kat sini semua saya 'set'kan besar..sebab kalau kecik nampak macam blur aje..kalau ia mengganggu pandangan pada skrin anda, harap maaf lah ye.
Updated: bunga kaler purple pulak :D
Gambar kat sini semua saya 'set'kan besar..sebab kalau kecik nampak macam blur aje..kalau ia mengganggu pandangan pada skrin anda, harap maaf lah ye.
Tuesday, July 19, 2011
Kelopak Biru
Assalamualaikum
Salam, hari ni baru berkesempatan letak kusyen disiapkan pada bulan lepas..yang ini tempahan dengan tema biru..boleh bayangkan ada 8 biji kusyen begini menghiasi kediaman anda?
Salam, hari ni baru berkesempatan letak kusyen disiapkan pada bulan lepas..yang ini tempahan dengan tema biru..boleh bayangkan ada 8 biji kusyen begini menghiasi kediaman anda?
Sunday, June 5, 2011
Puteh
Salam
Hari ni berkongsi kusyen yang sempat disiapkan untuk jualan di Kota Bharu. Kebetulan balik bercuti di kampung minggu lepas, sempatlah saya posing2 kan kusyen ni atas kerusi taman mak. Tuan rumah dah tak de idea nak letak tajuk yang 'catchy'..letak ajer lah Puteh kat situ yer..ada apa-apa idea? kalau ada...bagitahulah yer..nanti boleh saya tukar :)
Sarung warna putih begini..senang sangat nak nampak kotor..masa nak ambil gambar ni..saya lebih hati-hati sebab dah dua kali basuh.
Suka pattern mcm ni sebab boleh digayakan dalam berbagai posisi..adaptasi dari pattern Enchanted Moments oleh Helen Eriksson..tapi tak jadi sepenuhnya pulak..
sekian.
Thursday, May 19, 2011
Mawar Merah Jambu
Salam di petang rabu :)
Ok..sepatutnya entri yang ni dulu sebelum 'Kaseh'..tertinggal pula .Kusyen ini, belum ada pasangannya lagi
Yang dibawah ni pula saya siapkan hujung bulan lepas . Sama saja dengan yang di atas, cuma bunga-bunga kecilnya tu saja lain , yang ini running stiches . Sarung kusyen ini disiapkan dlm keadaan yang sungguh tak bermaya , tak sihat sangat. Sayang tak sempat nak snap bila dah siap jahit kusyennya, sebab kejar dateline.
Gambar yang ada ni pun yang masih comot2 dengan fabric pen...tak pe lah letak saja disini sebagai kenangan, dan rujukan . Maaf gambar blur, ni main snap aje.
ok terima kasih atas kunjungan anda ke sini.
Kaseh
Ini adalah kusyen untuk majlis perkahwinan, untuk set cadar pengantin yang berwarna cream.
Saya sering ditanya melalui e-mel/ sms, rumah di mana dan adakah saya buka kelas sulaman reben. Untuk makluman rumah saya di Kota Warisan, Sepang. Jadi kepada yang berada di sekitar Putrajaya/ Salak Tinggi yang membuat tempahan, boleh datang ambil di rumah. Dan saya tidak buat kelas..yang berminat nak belajar saya syorkan berhubung dengan Puan Suzana di http://diariann.blogspot.com. Terima kasih.
Saturday, March 12, 2011
Eman
Kotak velvet hitam ni saiznya 19x19 cm x 10cm tinggi.
Selamat pengantin baru untuk Eman, semoga berbahagia selamanya.
Monday, February 14, 2011
Penghujung senja
Salam..bagaimana permulaan hari anda hari ini?
Saya rasa permulaan minggu ini sangat bagus..sebab terapi bermain dengen reben semalam berjaya mengurangkan tekanan kerja saya :).. Warna-warna tanah..sering menarik perhatian saya. Terutama bila melihat kain. Saya berjaya keluarkan reben-reben dengan warna sebegini ini dari kotak reben. (kena guna perkataan 'berjaya' disitu sebab banyak sungguh halangan nak duduk menyulam akhir-akhir ni ). Meskipun ada yang beri komen sulaman ini kurang menarik sebab warnanya..saya tetap suka dan berpuas hati.
ok...semoga bertemu lagi...terima kasih kepada yang sudi menjengah ke sini
Sunday, January 2, 2011
zahra
salam untuk semua
hari ni saya kongsikan sulaman reben yang agak lama juga dah siap, cuma baru semalam berkelapangan untuk jahit dan jadikan sarung kusyen..
bunga-bunga dari teknik folded rose dan ribbbon stich, serta sulaman flystich untuk dedaun
kepada anda yang berminat untuk menempah dari mana-mana pattern dalam blog ni, boleh hubungi saya di email ribbonpetals@yahoo.com
sekian terima kasih
Friday, December 24, 2010
Damai
Salam semua
Maaf, saya buat posting bisu tanpa kata pagi tadi..tak sempat nak tulis apa-apa, lepas je upload gambar bergegas nak pergi kerja..damai yang dimaksudkan...bukanlah pada sulaman reben, tapi lebih kepada suasana persekitaran pada masa gambar ni diambil...
-abaikan tarikh tertera pada gambar..silap setting tu
Friday, October 22, 2010
Serupa tapi tak sama
Salam untuk semua
Terlalu lama tak ada posting terbaru di sini.. terasa terlalu teringin untuk kembali aktif berblogging,cuma masa selalu terhad...berikut beberapa biji beg yang disiapkan, untuk tempahan Dila..Beg ini, katanya akan dijadikan sebagai cenderahati sempena housewarming.Design yang sama dan ringkas , cuma tukar sikit-sikit saja...antara yang di bawah ni, mana yang anda suka??
Terlalu lama tak ada posting terbaru di sini.. terasa terlalu teringin untuk kembali aktif berblogging,cuma masa selalu terhad...berikut beberapa biji beg yang disiapkan, untuk tempahan Dila..Beg ini, katanya akan dijadikan sebagai cenderahati sempena housewarming.Design yang sama dan ringkas , cuma tukar sikit-sikit saja...antara yang di bawah ni, mana yang anda suka??
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
Subscribe to:
Posts (Atom)













































