Showing posts with label Cushion cover. Show all posts
Showing posts with label Cushion cover. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Lavenderoses

Salam untuk semua, yang sudi jenguk -jenguk ke blog yang tak seberapa ni. Selamat pagi dan semoga ceria hari ini. Kali ni saya kongsikan kusyen Kak Aishah yang telah saya siapkan pada bulan Oktober yang lepas . Besar harapan saya agar kehadiran 2 pasang kusyen ni menambah seri kediaman baru beliau. Terima kasih Kak Aishah :)



 Lavenderoses
16 x 16 inc





zahra
30 x 50 cm


Tuesday, July 19, 2011

Kelopak Biru

Assalamualaikum
Salam, hari ni baru berkesempatan letak kusyen disiapkan pada bulan lepas..yang ini tempahan dengan tema biru..boleh bayangkan ada 8 biji kusyen begini menghiasi kediaman anda?


Sunday, June 5, 2011

Puteh



Salam
Hari ni berkongsi kusyen  yang sempat disiapkan untuk jualan  di Kota Bharu.  Kebetulan balik bercuti di kampung minggu lepas, sempatlah saya posing2 kan kusyen ni atas kerusi taman mak.  Tuan rumah dah tak de idea nak letak tajuk yang 'catchy'..letak ajer lah Puteh kat situ yer..ada apa-apa idea? kalau ada...bagitahulah yer..nanti boleh saya tukar :)


Sarung warna putih begini..senang sangat nak nampak kotor..masa nak ambil gambar ni..saya lebih  hati-hati sebab dah dua kali basuh.
Suka pattern mcm ni sebab boleh digayakan dalam berbagai posisi..adaptasi dari pattern Enchanted Moments oleh Helen Eriksson..tapi tak  jadi sepenuhnya pulak..


sekian.

Thursday, May 19, 2011

Mawar Merah Jambu



Salam di petang rabu :)
Ok..sepatutnya entri yang ni dulu sebelum 'Kaseh'..tertinggal pula .Kusyen ini, belum  ada pasangannya lagi

Yang dibawah ni pula saya siapkan hujung bulan lepas . Sama saja dengan yang di atas, cuma bunga-bunga kecilnya tu saja lain , yang ini running stiches . Sarung kusyen ini  disiapkan dlm keadaan yang sungguh tak bermaya , tak sihat sangat. Sayang tak sempat nak snap bila dah siap jahit kusyennya, sebab kejar dateline.

Gambar yang ada  ni pun yang masih comot2 dengan fabric pen...tak pe lah letak saja disini sebagai kenangan, dan rujukan . Maaf gambar blur, ni main snap aje.

ok terima kasih atas kunjungan anda ke sini.

Kaseh






Salam semua
Ini adalah kusyen untuk majlis perkahwinan, untuk set cadar pengantin yang berwarna cream.

Saya sering ditanya melalui e-mel/ sms, rumah di mana dan adakah saya buka kelas sulaman reben. Untuk makluman  rumah saya di Kota Warisan, Sepang. Jadi kepada yang berada di sekitar Putrajaya/ Salak Tinggi yang membuat tempahan, boleh datang ambil di rumah. Dan saya tidak buat kelas..yang berminat nak belajar saya syorkan berhubung dengan Puan Suzana di http://diariann.blogspot.com. Terima kasih.

Wednesday, June 9, 2010

Pastel Dreams Episode 2


Hari ni...episod ke dua pula . Kali ini ada dua kuntum bunga wild rose bersaiz 1 1/2 inci di bahagian bawah berganding dengan 3 kuntum cabbage rose.





Terima kasih kerana sudi menemani mimpi2 bunga reben saya *_*.


Monday, June 7, 2010

Pastel Dreams Episode 1


Salam semua

Lama kan tak update blog ni..lebih dari sebulan! Hari ni saya berkongsi kegembiraan menyiapkan sarung kusyen saiz 16 inci ..esok kita berkenalan dengan episod ke 2 pula yer .


3 tona warna untuk bunga ini..

Tajuk pada posting hanyalah bagi tujuan memudahkan pengenalan kepada design. Ia mungkin tidak ada kena mengena secara langsung dengan penceritaan pada hasil sulaman.. (he! he! *_* ).

Sunday, March 28, 2010

Basket of Roses



Kali ini..saya kongsikan hasil gubahan bunga sulaman riben dalam bakul pula.12 kuntum kesemuanya. Apa makna untuk 12 kuntum bunga yer?Bunga ros kobis ni..bunga yang paling saya suka buat .Jika lihat dari yang lepas2 saya banyak guna bunga ni.




Pening memikirkan susun atur bunga, buat saya terfikir nak masuk kelas flower arrangement pula! Bila mencari2 info..wah! mahal yer..mencecah ribuan ringgit! Paling murah kelas basic RM600...hmmm tak apalah...bukan nak buka kedai bunga pun! Rasanya..jika nak cari idea renung2 saja gubahan bunga segar dari online florist yang sememangnya banyak di internet ni.






My favourites angle -bunga separuh kembang warna pink lembut

Sekian untuk hari ini. Have a great weekend everyone!


Cushion Cover 16" x 16"
Collections: Basket of Roses

In Bloom: Season 1


Salam!
Hari ini saya kongsikan gambar kusyen hiasan yang telah siap dari posting 'In Bloom'. Saya letak nombor ikut 'season' .Kini, saya sedang jahit sarung kusyen untuk tema 'In Bloom Season 2', dengan design yang berbeza.

Cushion Cover
Collection: In Bloom
Size: 16" x 16"