Wednesday, June 30, 2010

My Open Top Black Box


Salam untuk semua !!

Design ni  untuk beg telekung..tapi ada sikit defect pulak pada sulamannya. Sepatutnya saya buka dan sulam balik..tapi macam  tak minat nak buka pulak. Saya jadikan pembalut untuk kotak. Jadilah ia rumah baru untuk gulungan reben saya :D

Kotak ni muat untuk dua baris dan dua tingkat reben. Ukurannya 6.5 x 6 x 5.5 inch


PRODUK INI BUKAN UNTUK DIJUAL
Sekian
Terima kasih atas kunjungan anda ya!!

Saturday, June 12, 2010

Icy Blue Rosettes

Salam semua!!!


Selamat berhujung minggu bersama keluarga.Beg berwarna off white ni saya siapkan dua hari lepas.Design  untuk beg ni nampak ringkas saja. Ia adalah sample product untuk seorang pelanggan, katanya beg untuk isi telekung.  Akan datang, saya akan buat satu lagi sample untuk beliau pilih.



Close up...rasanya saya mula sukakan reben saiz 3/4 inci ni..lebih mudah untuk bentukkan rosette.



Sekian untuk hari ni.Terima kasih atas kunjungan anda ke sini ya!

Wednesday, June 9, 2010

Pastel Dreams Episode 2


Hari ni...episod ke dua pula . Kali ini ada dua kuntum bunga wild rose bersaiz 1 1/2 inci di bahagian bawah berganding dengan 3 kuntum cabbage rose.





Terima kasih kerana sudi menemani mimpi2 bunga reben saya *_*.


Monday, June 7, 2010

Pastel Dreams Episode 1


Salam semua

Lama kan tak update blog ni..lebih dari sebulan! Hari ni saya berkongsi kegembiraan menyiapkan sarung kusyen saiz 16 inci ..esok kita berkenalan dengan episod ke 2 pula yer .


3 tona warna untuk bunga ini..

Tajuk pada posting hanyalah bagi tujuan memudahkan pengenalan kepada design. Ia mungkin tidak ada kena mengena secara langsung dengan penceritaan pada hasil sulaman.. (he! he! *_* ).

Friday, April 16, 2010

Roses Are Red


Salam untuk semua!!

Hari ni saya kongsikan design ni pula. Design yang simple ni saya buat supaya dapat fokus kepada teknik bunga ros lanjutan Puan Ann . Ambil masa hingga lebih seminggu juga nak siapkan keseluruhan. Cadang nak tumpu pada teknik bunga lanjutan ni tapi banyak pula masa habis untuk betulkan design.(Maklumlah, seperti biasa, saya berdepan dengan cabaran 'watak utama' yang tak serasi dengan 'watak tambahan'...skrip yang lemah dan jalan cerita yang kurang berkesan..semua berpunca dari kelemahan dan kekurangan diri tapi takpe...saya tetap cuba :D ) .Semuanya nampak ok masa lakar atas kertas..bila dah jahit dan sulam banyak pula yang nampak tak kena...dan lepas banyak kali proses sulam-cantas dan sulam-jahit semula alhamdulillah siap juga.



Sepasang sarung kusyen bersaiz 16" X 16".


Pening fikir warna dan pattern untuk bunga-bunga kecil.Dari plan asal warna kuning-kemudian merah akhirnya jadi warna putih. Asalnya design ini saya buat untuk pengikat langsir tapi 'terjadi' terlalu besar . Macam mana tak besar, asalnya ada sekuntum saja bunga besar tapi kesian pula tengok bunga tu solo,tambah satu lagi....akhir sekali jadi bunga 3 sekawan. Bagaimana, ok atau tak ok? sebagai 'budak baru belajar' saya sangat hargai kritikan membina anda!