Friday, December 24, 2010

Damai



Salam semua
Maaf, saya buat posting bisu tanpa kata pagi tadi..tak sempat nak tulis apa-apa, lepas je upload gambar bergegas nak pergi kerja..damai yang dimaksudkan...bukanlah pada sulaman reben, tapi lebih kepada suasana persekitaran pada masa gambar ni diambil...

-abaikan tarikh tertera pada gambar..silap setting tu

Friday, October 22, 2010

Serupa tapi tak sama

Salam untuk semua
Terlalu lama tak ada posting terbaru di sini..  terasa terlalu teringin untuk kembali aktif berblogging,cuma masa selalu terhad...berikut beberapa  biji beg yang disiapkan, untuk tempahan Dila..Beg ini, katanya akan dijadikan sebagai cenderahati sempena housewarming.Design yang sama dan ringkas , cuma tukar sikit-sikit saja...antara yang di bawah ni, mana yang anda suka??


 B1

 B2

B3



B4
B5





B6



B7




B8






Wednesday, June 30, 2010

My Open Top Black Box


Salam untuk semua !!

Design ni  untuk beg telekung..tapi ada sikit defect pulak pada sulamannya. Sepatutnya saya buka dan sulam balik..tapi macam  tak minat nak buka pulak. Saya jadikan pembalut untuk kotak. Jadilah ia rumah baru untuk gulungan reben saya :D

Kotak ni muat untuk dua baris dan dua tingkat reben. Ukurannya 6.5 x 6 x 5.5 inch


PRODUK INI BUKAN UNTUK DIJUAL
Sekian
Terima kasih atas kunjungan anda ya!!

Saturday, June 12, 2010

Icy Blue Rosettes

Salam semua!!!


Selamat berhujung minggu bersama keluarga.Beg berwarna off white ni saya siapkan dua hari lepas.Design  untuk beg ni nampak ringkas saja. Ia adalah sample product untuk seorang pelanggan, katanya beg untuk isi telekung.  Akan datang, saya akan buat satu lagi sample untuk beliau pilih.



Close up...rasanya saya mula sukakan reben saiz 3/4 inci ni..lebih mudah untuk bentukkan rosette.



Sekian untuk hari ni.Terima kasih atas kunjungan anda ke sini ya!

Wednesday, June 9, 2010

Pastel Dreams Episode 2


Hari ni...episod ke dua pula . Kali ini ada dua kuntum bunga wild rose bersaiz 1 1/2 inci di bahagian bawah berganding dengan 3 kuntum cabbage rose.





Terima kasih kerana sudi menemani mimpi2 bunga reben saya *_*.