Tuesday, April 24, 2012

Baby Soffiyah



Kusyen kecil ini dibuat sebagai hadiah untuk baby Soffiyah. Semoga kelahirannya membawa seribu satu rahmat dan menambah seri kehidupan ummi dan abinya.Insya Allah.

Berikut merupakan sebahagian dari  nukilan ummu sofiyyah ketika  mengistiharkan nama bayinya (saya 'copy ' dari status fb beliau)

 Sofiyyah adalah ibu saudara kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam. Baginda amat mencintai ibu saudaranya ini dan sangat memuliakan beliau. 

Ketika turun ayat:

وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ 

"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat" (Asy-Syu'araa 26:214)

Kemudian Baginda bersabda: "Wahai Fathimah binti Muhammad, wahai Sofiyyah binti Abdul Muththalib, wahai Bani Abdul Muththalib, aku tidak berkuasa menolong kalian dari seksa Allah. Mintalah kepadaku apa sahaja yang ada padaku" (HR Muslim no. 205, dalam al-Iman bab Firman Allah wa andzir 'Asyirataka Aqrabin)



Saturday, April 21, 2012

Door Gift


Uncang kecil ini saya  buat untuk pertunangan adik pada 8 April yang lepas. Saiznya kecil, lebih kurang 7 inci x 5 inci, sesuai untuk isi ole-ole buat tetamu. Saya tempah label untuk diletakkan pada uncang, agar sentiasa jadi kenangan kepada penerima.





7 x 5 inci
Fabric : linen
Riben: Offray 

Kelas di Kelopak Gallery

Mengikuti kelas bersama Puan Norehan di Kelopak Galley memberi pengalaman dan dimensi baru dalam sulaman riben. Saya ikuti kelas mencanting dan mewarna riben  baru-baru ini. Kami diajar untuk membuat lakaran dan seterusnya mencanting serta mewarna . Dari sehelai kain berwarna putih, terhasillah lukisan canting bakul bunga. Kemudiannya, bakul ini diisi dengan riben yang diwarna sendiri , dari riben berwarna putih. Warna pada latar belakang serta tona riben memberi impak yang besar terhadap hasil sulaman riben. Jutaan terima kaish pada Puan Norehan atas ilmu yang dicurahkan.



Wednesday, December 21, 2011

Lavenderoses

Salam untuk semua, yang sudi jenguk -jenguk ke blog yang tak seberapa ni. Selamat pagi dan semoga ceria hari ini. Kali ni saya kongsikan kusyen Kak Aishah yang telah saya siapkan pada bulan Oktober yang lepas . Besar harapan saya agar kehadiran 2 pasang kusyen ni menambah seri kediaman baru beliau. Terima kasih Kak Aishah :)



 Lavenderoses
16 x 16 inc





zahra
30 x 50 cm


Wednesday, December 14, 2011

Selepas Rehat Yang Panjang

Assalamualaikum semua

Terasa lama betul blog ni ditinggalkan.Tuannya menyepi bagai hilang dijejak...sibuk sungguh akhir-akhir ni. Hidup bagai perlu dijadual semula sejak adanya orang baru dalam hidup. Malam ni saya gagahkan juga mengadap pc, selongkar hasil sulaman yang tak banyak mana pun, cuma terselit di antara   gambar keluarga, gambar raya . Ada macam-macam gambar rupanya dalam kamera, mencecah sehingga lebih seribu keping. Berikut apa yang saya jumpa, bolehlah berkongsi dengan semua yang sudi singgah ke sini. Produk ni tempahan Kak Halimah, dah lama siap, sebelum Aidilfitri lagi. Semua adalah dari pattern yang pernah dipaparkan di blog sebelum ni. 


                                                           Sepasang sarung kusyen ni....

                                             juga 2 pasang dari pattern  seperti dibawah


                                                                      2 biji pouch


                                                                  serta sepasang kusyen ni...

                Sebelum ni pattern ni saya sulam pada kotak,kali ni buat pada sarung kusyen pula.

psssttt..nantikan 'scheduled entry ' yang saya set untuk 'published' pada hari esok dan lusa pulak yer  ^__^